Breadcrumb

CCRIS FAQ

Soalan Lazim CCRIS

CCRIS merupakan sistem yang mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta. CCRIS merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu merekamemeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System).

eCCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System) Elektronik.

Salah satu fungsi Bank Negara Malaysia adalah untuk mengawal selia dan menyelia institusi kewangan supaya sistem kewangan negara kukuh dan stabil. Oleh itu, Bank Negara Malaysia menggalakkan dasar kredit yang berhemat dan sikap profesional dalam kalangan institusi kewangan, termasuk penerapan amalan perniagaan terbaik dalam pengurusan risiko kredit. Satu daripada cara untuk berbuat demikian adalah dengan menyediakan CCRIS kepada institusi kewangan peserta supaya mereka boleh membuat keputusan pemberian pinjaman dengan lebih cepat dan baik berdasarkan maklumat yang mencukupi.

eCCRIS merupakan saluran tambahan bagi orang ramai untuk memudahkan pengendalian CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) secara dalam talian. Di bawah inisiatif eCCRIS, orang awam (individu, syarikat dan perniagaan) mempunyai saluran dalam talian untuk mengakses dan mendapatkan laporan CCRIS mereka, dan mengemukakan permintaan pengesahan data secara langsung kepada institusi kewangan peserta atau Bank Negara Malaysia untuk mengesahkan atau membetulkan maklumat dalam laporan CCRIS.

Tidak. BNM diberikan kuasa undang-undang untuk mengumpulkan dan menyimpan maklumat sedemikian.

Ya. Akta Bank Negara Malaysia 2009 membenarkan Bank Negara Malaysia memberikan maklumat kredit peminjam kepada peminjam itu sendiri untuk pengesahan ketepatan maklumat yang terdapat dalam laporan CCRIS.

Tidak. Jika institusi kewangan mengakses laporan CCRIS secara tidak sah, institusi kewangan tersebut boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Anda boleh mendapatkan laporan CCRIS anda melalui saluran berikut:

(1) eCCRIS, anda boleh mengakses laporan CCRIS secara dalam talian di eccris.bnm.gov.my ; dan

(2) Kiosk CCRIS di premis (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara. Rujuk laman web AKPK untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda belum mendaftar, dapatkan maklumat pendaftaran di Laman web CCRIS.

Tiada had ditetapkan untuk mendapatkan laporan CCRIS anda. Sebagai pengguna eCCRIS, anda boleh mendapatkan laporan CCRIS di mana-mana sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai eCCRIS, sila layari bnm.gov.my/ccris

Tidak. Kami (Bank Negara Malaysia) tidak dibenarkan mendedahkan maklumat CCRIS melalui telefon memandangkan maklumat dalam laporan itu adalah rahsia dan pengesahan tidak boleh dibuat untuk memastikan pemanggil ialah pemilik maklumat tersebut.

Tidak. Anda hanya boleh dapatkan laporan CCRIS daripada Bank Negara Malaysia atau melalui eCCRIS. Untuk maklumat lanjut mengenai eCCRIS, sila layari bnm.gov.my/ccris.

Tidak. Laporan CCRIS hanya boleh diberikan kepada individu yang merupakan pemilik maklumat tersebut.

Tidak. Laporan CCRIS hanya boleh diberikan kepada individu yang merupakan pemilik maklumat tersebut.

Tidak. Laporan CCRIS hanya boleh diberikan kepada individu yang berkenaan sahaja.

Tidak. Llaporan CCRIS hanya boleh diberikan kepada individu yang berkenaan sahaja.

Boleh. Permohonan mestilah disertakan dengan Borang Permohonan Laporan CCRIS yang telah dilengkapkan berserta dokumen berikut:

  • Satu salinan kad pengenalan (MyKad) pemohon;
  • Satu salinan kad pengenalan (MyKad) individu yang diberi kuasa (waris yang terdekat);
  • Surat rujukan mutakhir dan laporan perubatan yang disahkan oleh doktor dan hospital; dan
  • Satu salinan surat beranak/sijil perkahwinan waris yang terdekat sebagai bukti hubungan dengan pesakit.

Laporan CCRIS si mati hanya boleh diberikan kepada individu yang diberikan kuasa secara sah untuk mentadbir harta pusaka si mati seperti yang dinamakan dalam Surat Tadbir Kuasa. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang permohonan laporan CCRIS berserta satu (1) salinan dokumen berikut:

  • Dokumen asal atau salinan Surat Tadbir Kuasa yang telah disahkan oleh pengeluar; dan
  • Kad pengenalan (MyKad) Pentadbir Kuasa.

Permohonan hendaklah disertakan dengan Borang Permohonan laporan CCRIS yang disokong oleh satu salinan dokumen berikut:

  • Kad pengenalan (MyKad) atau pasport (jika bukan warganegara Malaysia) orang yang diberikan kuasa untuk mengambil laporan tersebut;
  • Surat kuasa (menggunakan kepala surat syarikat) daripada syarikat untuk mengesahkan orang yang diberikan kuasa untuk mengambil laporan CCRIS. Surat tersebut
    hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Syarikat dan sekurang-kurangnya dua Pengarah Syarikat;
  • Sijil Pendaftaran Syarikat yang telah disahkan (Borang 9) oleh Setiausaha Syarikat;
  • Sijil Pendaftaran Pertukaran Nama Syarikat yang telah disahkan (Borang 13) oleh Setiausaha Syarikat, sekiranya ada; dan
  • Senarai Pengarah Syarikat terkini yang telah disahkan (Borang 49) oleh Setiausaha Syarikat.

* Sila ambil perhatian bahawa surat kuasa dan semua salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah bertarikh 14 hari bekerja sebelum tarikh penyerahan Borang Permohonan laporan CCRIS.

Tiada bayaran dikenakan oleh Bank Negara Malaysia atau melalui eCCRIS buat masa ini.

Sila lihat Nota Keterangan eCCRIS untuk maklumat lanjut.

BNM mendapatkan maklumat daripada institusi kewangan peserta CCRIS, iaitu semua bank perdagangan, bank Islam, bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan, sebahagian syarikat insurans, pengeluar instrumen pembayaran dan institusi pemulihan berlesen, syarikat pembinaan, syarikat pemajakan kredit dan agensi kerajaan.

Institusi kewangan peserta melaporkan data pengenalan diri peminjam yang penting (seperti nama, nombor pengenalan diri dan tarikh lahir) dan melaporkandata berkaitan permohonan kredit dan pinjaman yang dikeluarkan kepada peminjam (seperti jenis kemudahan kredit, pengendalian akaun dan had kredit).

Institusi kewangan peserta dikehendaki melaporkan semua jenis kemudahan kredit yang diberikan kepada peminjam, termasuk kad kredit, overdraf, kemudahan perdagangan, dan pinjaman perumahan.

Laporan CCRIS hanya menunjukkan pinjaman terkumpul atau akaun yang masih aktif, permohonan kredit yang belum diluluskan, serta permohonan kredit sepanjang 12 bulan terakhir.

Ya. Maklumat kad kredit turut dilaporkan dalam CCRIS.

Institusi kewangan peserta tidak dikehendaki dan tidak seharusnya melaporkan sebarang maklumat akaun semasa dalam CCRIS. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai kemudahan overdraf bersama-sama dengan akaun semasa tersebut, maklumat berkaitan kemudahan overdraf berkenaan akan dilaporkan dalam CCRIS.

Apa-apa lebihan sementara dalam akaun semasa (contoh: disebabkan oleh caj perkhidmatan yang dikenakan oleh institusi kewangan) akan dianggap sebagai overdraf sementara. Maklumat ini akan dilaporkan kepada CCRIS sehingga anda menyelesaikan lebihan tersebut. Sebaik sahaja anda berbuat demikian, rekod berkenaan tidak akan ditunjukkan dalam laporan CCRIS.

Jika anda telah menyelesaikan jumlah tunggakan, akaun yang kembali teratur ini akan ditunjukkan pada bulan anda membuat penyelesaian tersebut. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai ansuran tertunggak sepanjang 12 bulan yang lalu akan dipaparkan dalam laporan CCRIS.

Pinjaman yang dilaporkan di bawah Akaun Di bawah Pemerhatian Khas merujuk kepada pinjaman terjejas yang diletakkan di bawah pengawasan khas institusi kewangan peserta sebagai usaha untuk mendapatkan semula bayaran bagi pinjaman tersebut atau pinjaman yang sedang dibayar. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai akaun tersebut, anda boleh hubungi institusi kewangan yang berkenaan.

Ia tidak semestinya begitu. Setiap institusi kewangan mempunyai dasar pinjaman yang berbeza-beza, bergantung pada kesanggupan mereka mengambil risiko. Maklumat yang diberikan oleh BNM hanya sebahagian daripada keseluruhan proses membuat keputusan berhubungdengan permohonan pinjaman oleh institusi kewangan dan setiap institusi kewangan mempunyai pandangan yang berbeza mengenai maklumat tersebut.

Tidak. Bank Negara Malaysia tidak memberikan apa-apa penarafan kredit atau pandangan mengenai kebolehpercayaan kredit (creditworthiness) pemohon pinjaman atau peminjam sedia ada.

Tidak. Bank Negara Malaysia tidak terlibat dan tidak akan terlibat dalam apa-apa keputusan pemberian kemudahan pinjaman oleh institusi kewangan. Laporan CCRIS hanya memberikan maklumat berdasarkan fakta seperti yang dilaporkan kepada BNM. BNM tidak memberikan apa-apa pandangan mengenai kepercayaan kredit seseorang individu. Institusi kewangan peserta akan membuat keputusan sendiri berdasarkan semua maklumat yang ada pada mereka, termasuk laporan CCRIS yang disediakan oleh BNM, maklumat yang diberikan oleh pemohon sendiri melalui dokumen permohonan kredit dan juga dokumen sokongan lain.

Rekod kredit yang buruk mungkin disebabkan oleh tunggakan hutang terkumpul anda di institusi kewangan yang belum dibayar balik atau pembayaran balik dibuat bukan pada masa yang ditetapkan. Anda perlu berbincang tentang perkara ini dengan institusi kewangan peserta yang berkenaan mengenai skim bayaran balik dengan institusi kewangan tersebut. Rekod kredit anda akan menunjukkan kedudukan yang lebih baik apabila akaun anda kembali teratur.

Tidak. Bank Negara Malaysia tidak menyenarai hitam sesiapa kerana ia tidak memberikan apa-apa pandangan mengenai maklumat dalam laporan CCRIS. Maklumat mengenai permohonan kredit yang ditolak juga tidak ditunjukkan dalam laporan CCRIS untuk memastikan institusi kewangan peserta tidak bersikap prejudis terhadap keputusan yangdibuat oleh institusi kewangan yang lain.

Bagi memproses permohonan pinjaman, institusi kewangan peserta akan membuat penilaian kredit terhadap peminjam. Ini mungkin melibatkan semakan latar belakang peminjam daripada pelbagai sumber, antaranya, maklumat yang dibekalkan oleh agensi pelapor kredit seperti Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (CBM), CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), dan Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd. Maklumat daripada agensi berkenaan boleh membantu institusi kewangan dalam proses penilaian mereka. Institusi kewangan perlu menggunakan semuadata yang ada untuk membantu mereka membuat keputusan yang tepat dan berhemat dalam pemberian pinjaman dan pendahuluan.

Rekod anda akan dikemas kini oleh institusi kewangan peserta yang berkenaan pada tarikh penghantaran laporan yang berikutnya, iaitu tidak lewat daripada 10 haribulan bulan berikutnya.

Bank Negara Malaysia hanya mengumpul maklumat kredit daripada institusi kewangan dan tidak mengemas kini mana-mana rekod. Institusi kewangan peserta yang bertanggungjawab untuk mengemaskini rekod anda. Sekiranya anda dapati akaun pinjaman tersebut belum dikemaskini, sila maklumkan perkara ini kepada institusi kewangan yang berkenaan.

Sekiranya anda bukan lagi pemilik/rakan kongsi sesebuah perniagaan, anda perlu mengemaskini status pemilikan tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika dalam perjanjian pindah milik ataupun perjanjian dengan rakan kongsi lain menyatakan bahawa apabila anda keluar daripada perniagaan tersebut, dan anda tidak lagi dipertanggungjawabkan kepada pinjaman tersebut, anda perlu memberitahu perkara ini kepada institusi kewangan yang memberikan kemudahan pinjaman kepada perniagaan tersebut untuk mengemaskini rekod mereka. Ini supaya anda tidak lagi menanggung sebarang liabiliti yang berkaitan dengan pinjaman tersebut. Sekiranya anda menjadi penjamin pinjaman perniagaan tersebut dan tiada perjanjian untuk memindahkan liabiliti, anda masih bertanggungjawab terhadap pinjaman perniagaan tersebut.

Memandangkan nombor pasport asing tidak unik, nombor ID yang diberikan kepada seseorang rakyat Malaysia mungkin secara kebetulan sama dengan nombor pasport anda. Ini tidak bermakna terdapat unsur penipuan. Dalam keadaan ini, sila maklumkan kepada pegawai bank yang memproses permohonan kad kredit tersebut supaya menghubungi Bank Negara Malaysia untuk menyelesaikan perkara itu, atau anda juga boleh memberikan maklumat mengenai pegawai bank tersebut kepada kami untuk tindakan susulan.

Item pinjaman tersebut tidak boleh dikeluarkan daripada laporan CCRIS kerana masih ada baki pinjaman terkumpul dengan institusi kewangan berkenaan. Walau bagaimanapun, sementara menunggu hasil penyelesaian pertikaian tersebut, BNM boleh memberikan pilihan kepada anda untuk menamakan laporan anda dengan "Nama Khas". Ini bermakna bahawa apabila permohonan pinjaman anda sedang diproses oleh institusi kewangan, institusi tersebut perlu mendapatkan laporan CCRIS anda daripada Bank Negara Malaysia.

Anda dikehendaki berurusan terus dengan Jabatan Insolvensi melalui talian 03-88851000 berhubung status muflis tersebut dan memaklumkan status terkini kepada institusi kewangan supaya ia dapat dimasukkan dalam laporan CCRIS.

Bank Negara Malaysia tidak mempunyai sistem senarai hitam. Jaminan ialah satu kontrak sah yang mengikat anda untuk membayar hutang peminjam sekiranya peminjam gagal berbuat demikian. Tahap tanggungan penjamin adalah seperti yang termaktub dalam dokumen jaminan dan anda akan dipertanggungjawabkan untuk liabiliti tersebut sebagaimana dinyatakan dalam terma dokumen jaminan berkenaan. Anda dinasihati supaya mendapatkan penjelasan daripada institusi kewangan yang berkenaan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Anda boleh mendapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui talian 03-26167766 atau www.akpk.org.my. AKPK ialah agensi yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penjadualan semula hutang untuk individu.

eCCRIS FAQ

eCCRIS FAQs

For Malaysian individuals with MyKad and internet banking facility, please register via eccris.bnm.gov.my
For Malaysian individuals with MyKad but without internet banking facility or bank account, please register via CCRIS kiosks at Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) offices nationwide (Kindly refer to AKPK's website for details on the locations and operation hours at www.akpk.org.my.

For non-Malaysian individuals, please register via eLINK by submitting completed application form and supporting documents. The form can be downloaded from /ccris application.

Note: Telco bill registered under applicant's name is mandatory.

For companies, businesses or non-individuals, please appoint an authorised person to register via eLINK by submitting completed application form and supporting documents. The form can be downloaded from www.bnm.gov.my/ccris application.

Note: Telco bill registered under applicant's name is mandatory.

No. Only the user can register and request for eCCRIS report for himself/herself.

You may regenerate new pin (OTP) from the CCRIS kiosks which are available from the Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit¡¯s (AKPK) offices/branches nationwide. Details are available from the following link www.akpk.org.my

New users' identities will be verified digitally. It is to ensure that only valid financial consumers are accepted for eCCRIS registration. The RM1.00 transfer to a designated Bank Negara Malaysia account will be automatically refunded within 2 working days.

You may contact our contact centre, BNMLINK via live chat at bnm.gov.my/livechat or call us at 1-300-88-5465 or 603-2174 1717 (overseas). BNMLINK operating hours are from 9:00 a.m. to 5:00 p.m., Monday to Friday (excluding public holidays).

Yes. You can set up TOTP on your new phone by selecting ¡®Reactivate MFA in New Device¡¯ on the login page.

Yes. You can set up TOTP on your new phone by selecting ¡®Reactivate MFA in New Device¡¯ on the login page.

You can make up to 5 attempts for each login session. Once you exceeded, your account will be locked. To reactivate locked account, please refer to Section B (Q3)

You may change your latest registered mobile number through the following channels:

  • eCCRIS website (if you are an existing eCCRIS user). Refer to Section B (Q10) for further details.
  • CCRIS kiosks at AKPK¡¯s branches nationwide.
    Refer to AKPK's website for details on the locations and operation hours: www.akpk.org.my

 

You may reactivate eCCRIS account through CCRIS kiosks at AKPK¡¯s branches nationwide. Refer to AKPK's website for details on the locations and operation hours: www.akpk.org.my

To obtain the CCRIS report, follow the same guidelines as the self-enquiry process. Please refer to Section B (Q6).

Further information on how to read the CCRIS report can be obtained at: www.bnm.gov.my/ccris. Should you require further clarification on the entries made regarding financing facilities, please liaise directly with the respective financial institution(s) through their Complaints Unit. The contact details of the Complaints Unit can be obtained via the following links:
www.bnm.gov.my/regulations/fsp-directory

Should you find any wrong/incomplete entries on personal information (name, IC, etc), you may request for verification on personal data in the eCCRIS website. Please refer to Section B (Q8) for details.

You may refer to CCRIS website: www.bnm.gov.my/ccris for more information.

The function to channel data verification for application/account directly to the participating financial institutions (PFIs) is temporarily unavailable due to system upgrade.
In the event of any dispute on the accuracy of application/account details (outstanding credit/special attention account/application for credit), eCCRIS users are advised to contact their respective PFIs immediately. The contact information is available at:


Under normal circumstances, it may take up to 14 working days for the financial institution to provide feedback on disputes initiated by the user.

 

Follow the same steps as self-enquiry on own CCRIS report. Please refer Section B (Q8).

Yes, the CCRIS kiosks at AKPK offices nationwide are still available for individuals to register eCCRIS.

No. CCRIS is a credit report that lists the current and historical credit standing data of a particular borrower as reported by participating financial institutions. The CCRIS report does not provide any opinion/rating and it does not blacklist any borrower regardless of the repayment history.

eCCRIS is available from 6:00 a.m. ¨C 12.00 midnight, Monday to Friday (excluding public holidays).

 

  • Click ¡°Reactivate Account¡±

  • The screen below will be displayed.
    1. Enter User ID (as created by user)
    2. Click the ¡°Submit¡± button


  • The screen below will be displayed. Key in the answer and click ¡®Submit¡¯ button.

Note: If the user does not answer the security question correctly, he/she has up to three (3) attempts to answer correctly three (3) different security questions.

 

 

  • Click ¡°Forgot User ID or Password?¡±

  • The screen below will be displayed.
    1. Please select your ¡°Nationality¡± (i.e. Malaysia)
    2. Fill up ID number (12-digit MyKad/NRIC number or Passport number)
    3. Click the ¡°Submit¡± button


  • The screen below will be displayed. Please answer ¡°Security Question¡±. Then click the ¡°Submit¡± button.


    Note: If the user does not answer the security question correctly, he/she has up to three (3) attempts to answer correctly three (3) different security questions.

  • Upon successful authentication, the screen below will be displayed. Click ¡°Request for TAC¡± button. A TAC number will be sent to your registered mobile phone.


  • An acknowledgement message will be displayed.
    1. Fill in the TAC number that is sent to your mobile phone in the field provided
    2. Click the ¡°Submit¡± button


  • If all answers to the security questions are incorrect, the screen below will be displayed.

 

 

  • Please follow these steps:
    • Login to eccris.bnm.gov.my using MS Edge or Google Chrome
    • Click ¡°First Time Login¡±


  • On the ¡°First Time Login¡± page
    1. Select your ¡°Nationality¡± from the dropdown list

    2. Fill in the details:
      • ID number (12-digit MyKad/NRIC number or Passport number)
      • PIN number (a 6-digit code sent to the user¡¯s registered mobile phone for activation of the eCCRIS account)

    3. Click the ¡°Submit¡± button


  • Set User ID/Password
    1. Key in the preferred User ID to access eCCRIS, an email address for contact and create a password. Length of password must be a minimum of 10 characters, with a combination of capital letters (A-Z), small letters (a- z), digits (0-9) and special characters ¡±~!@#$%^&*()_+¡±

    2. Click the ¡°Submit¡± button


  • On the ¡°Security Settings¡± screen
    1. Select a security image, enter a security phrase, choose and provide an answer for at least one security question

    2. Click the ¡°Submit¡± button


  • Once completed, an acknowledgement message will be displayed


  • Follow these steps to login into your eCRIS account:
    1. Enter User ID (as created by user)

    2. Click the ¡°Next¡± button


  • If the security image and phrase match the user¡¯s chosen image and phrase, click ¡°Yes¡± button to proceed to next step.


  • Enter password and click ¡°Login¡± button


  • On QR TOTP verification page:
    1. Click ¡°Activate MFA¡± on the notification

    2. Scan the QR code

    3. Fill in the QR TOTP field (6-digit code)

    4. Click the ¡°Verify¡± button


       

       

      Retrieve the TOTP (Time-based One-Time Password) from your Authenticator app.

 
  • To activate MFA, you must first download an Authenticator Application using your mobile devices. Ensure that your mobile devices are updated to the latest Operating Systems (OS) and download an Authenticator Application from the Google Play Store, Apple App store, or Huawei AppGallery. You may choose to use Google Authenticator or Microsoft Authenticator.
  • Once downloaded, launch your mobile authenticator application, choose ¡°+¡± to add an account, and choose ¡°scan a QR Code¡±, and scan the QR Code on the webpage.

 

 

  • Follow these steps:

  • If the security image and phrase match the user¡¯s chosen image and phrase, click ¡°Yes¡± button to proceed to next step.


  • Enter password and click ¡°Login¡± button


  • Retrieve the TOTP (Time-based One-Time Password) from your Authenticator app.


  • Enter the 6-digit TOTP and click the ¡®Verify¡¯ button.


  • Upon successful login, the eCCRIS homepage will be displayed.


  • To retrieve the CCRIS report, click ¡°ENQUIRY¡± tab, then click ¡°Self Enquiry ¨C Individual¡±


  • Indicate your acceptance of the Disclaimer statement by checking the ¡°I Agree¡± checkbox. Then, click the ¡°Report Enquiry¡± button

 

 

  • While the report is being displayed on screen, click the ¡°Download¡± button

  • A message box will appear. Click the ¡°Download¡± button to start downloading the report


  • Click ¡°Open¡± to view the report or click on the ¡°Save¡± button to save a copy of the report to your local storage

    • The downloaded report is saved in Portable Document Format (PDF) with a pre-assigned password as follows

    • Date of report enquiry (e.g. 30Oct2018, 10Feb2018)

    • First 3-characters of your User ID (Ahmad, Hanafi)
      Examples: 30Jan2018Ahm, 10Feb2018Han

    • Once you enter the password, click ¡°OK¡± to open the report. You will need a software which is capable of opening PDF files, to view the saved report

       

      Example: The saved CCRIS report viewed using Adobe Reader software

       

 

 

  • To verify your profile and report a dispute, click the ¡°Verify¡± button.

  • Select the disputed item(s) and click the ¡°Next¡± button.

  • On the ¡°Data Verification ¨C Request¡± screen, fill up dispute details and click the ¡°Save¡± button to save it as a draft or click the ¡°Submit¡± button to submit the dispute for further action.
    1. Data verification ¨C Borrower Profile
      Important: Please provide full information/supporting documents such as a copy of Mykad, relevant letter from Jabatan Pendaftaran Negara, etc. (Field - Add Attachment). Incomplete information may result in delayed response.
       

    2. Data verification ¨C Account details (outstanding credit/special attention account/application for credit)

      Please be informed that the function to channel data verification related to the application/account directly to the participating financial institutions (PFIs) is temporarily unavailable due to system upgrade.

      In the event of any dispute on the accuracy of application/account details (outstanding credit/special attention account/application for credit), eCCRIS users are advised to contact their respective PFIs immediately. The contact information is available at:
      1. Banking institutions: https://bnm.gov.my/list-of-licensed-financial- institutions ;
      2. Development financial institutions: https://bnm.gov.my/list-of-development-financial-institutions ; or
      3. You may refer to your PFIs¡¯ official websites

    • An acknowledgement message will be displayed
    • You will be alerted via Notification Email that Data Verification Request has been submitted

  • To check the status of data verification, please select ¡°MY REQUEST¡±. The following screen will be displayed.

  • Fill up details and click the ¡°Search¡± button.

 

Note: Under normal circumstances, the user will receive feedback within 14 days.

 

  • Click the magnifying glass icon under the ¡°Action¡± column


  • Click ¡°Next¡±


  • The screen below will be displayed
    1. If user wants to seek further clarification, enter the details in the ¡°Remarks¡± section and click ¡°Submit¡±; OR

    2. If user is satisfied, user may close the request by clicking the ¡°Delete¡± button. Alternatively, if user does not perform any action, the system will automatically close the request after 30 days

 

 

  • Go to ¡°MY PROFILE¡±. Click ¡°Change Mobile Number¡±


  • Insert new mobile number. Click ¡°Submit¡±


  • Answer the security question. Click ¡°Submit¡¯


  • Click ¡°Request for TAC¡±. The TAC will be sent to the new mobile number via SMS. Enter the TAC and click ¡°Submit¡±.


  • Mobile number successfully changed.

 

usefulness

Adakah maklumat pada laman ini berguna?  
Thank you for your feedback