Portal InvestMalaysia ¨C Menghubungkan Pelabur dan Peluang Pelaburan di Malaysia, Semuanya dalam Satu Portal
Embargo :7 Nov 2024
Kerajaan Malaysia telah melancarkan portal InvestMalaysia (www.investmalaysia.gov.my) sebagai gerbang maklumat sehenti untuk pelabur mendapatkan maklumat tentang Malaysia. Menteri Kewangan II YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah merasmikan pelancaran portal tersebut di Sasana Kijang hari ini.
Portal ini bertindak sebagai platform sehenti dan mengumpulkan maklumat penting yang diperlukan bagi para pelabur untuk membuat keputusan pelaburan yang mantap dan tepat pada masanya. Portal InvestMalaysia bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif dan menarik dengan mengetengahkan dan mempromosikan peluang pelaburan yang menarik dalam pasaran kewangan Malaysia kepada pelabur domestik dan asing. Antara tawaran khusus portal ini ialah:
Menteri Kewangan II YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ¡°Portal InvestMalaysia bertujuan untuk menangani jurang untuk mendapatkan maklumat terakhir mengenai pelaburan di Malaysia. Kami telah mewujudkan platform untuk pelabur mendapatkan jawapan bagi persoalan yang ada, atau sekurang-kurangnya mengetahui tempat yang betul untuk mencari maklumat yang tepat. IRO dan portal InvestMalaysia akan bertindak sebagai jurupandu bagi pelabur portfolio yang berhasrat menyertai pasaran negara.¡±
Gabenor Bank Negara Malaysia Dato¡¯ Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ¡°Pada asasnya, platform ini umpama pengantara (arbiter) keutuhan makroekonomi dan potensi pelaburan Malaysia, yang memberikan isyarat tentang kedudukan dan prospek ekonomi dan kewangan negara serta menyampaikan maklumat ini secara lancar kepada pelabur.¡±
Acara pelancaran ini kemudiannya diikuti dengan sesi libat urus pelabur secara tertutup dengan lebih 150 peserta yang terdiri daripada pelabur kewangan dan peserta pasaran modal. Perbincangan berkisar tentang prospek ekonomi, perkembangan dasar-dasar utama Kerajaan dan strategi ekonomi Malaysia secara menyeluruh, termasuk Belanjawan 2025 yang diumumkan baru-baru ini.
Malaysia sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pelaburan yang berkualiti. Pelancaran portal InvestMalaysia dijangka meningkatkan amalan hubungan pelabur dan merangsang aliran masuk pelaburan portfolio yang berkualiti tinggi ke dalam negara. Aliran masuk ini akan menyumbang pada usaha mendalamkan pasaran kewangan negara dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, serta membantu negara mencapai aspirasi Ekonomi MADANI untuk memajukan Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi.
Sila layari www.investmalaysia.gov.my untuk mengakses portal InvestMalaysia.
Bank Negara Malaysia
7 November 2024
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.