Breadcrumb

Sandbox Regulations Intro

 

Objektif utama BNM adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berterusan. BNM juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan sistem kewangan yang progresif dan inklusif, serta mencegah penyalahgunaan perkhidmatan kewangan. BNM memperoleh mandat dan kuasanya daripada Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan undang-undang lain yang ditadbirnya.

Perundangan ini menetapkan aktiviti dan perniagaan yang terletak di bawah bidang kuasa BNM. "Aktiviti dan entiti yang dikawal selia" ini pula mempunyai keperluan tertentu yang perlu dipenuhi untuk beroperasi. Pengendali bertanggungjawab untuk menilai secara menyeluruh implikasi undang-undang bagi perkhidmatan yang mereka ingin tawarkan berhubung dengan pengawalseliaan yang ditadbir oleh BNM dan pengawal selia lain.

Sandbox Regulations & Laws

Perundangan dan Pengawalseliaan

BNM mempunyai kuasa undang-undang di bawah pelbagai perundangan untuk melaksanakan mandatnya dan menjalankan fungsinya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman Perundangan kami.

Sandbox Regulation Approach

Skop Entiti dan Aktiviti yang Dikawal Selia

  • Keseimbangan merupakan prinsip panduan utama dalam pendekatan Bank terhadap beberapa pengawalseliaan tertentu yang bertujuan untuk mengimbangi antara mencapai matlamat dasar untuk memelihara kepentingan umum dengan meminimumkan beban pengawalseliaan terhadap penyedia perkhidmatan kewangan.
  • Reka bentuk risiko yang seimbang mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap potensi risiko, seperti kerumitan dan skala operasi, jenis potensi risiko, dan kematangan peserta industri untuk menguruskan risiko dengan sewajarnya.
  • Oleh itu, Bank mengamalkan tiga rejim pengawalan akses (gatekeeping regimes) ¨C lesen, kelulusan dan pendaftaran, yang mempunyai tahap keperluan pengawalseliaan yang berbeza.

Is My Business Regulated?

Bagaimanakah saya boleh tahu jika perniagaan saya dikawal selia??
(Panduan contoh)
  • Maklumat dalam bahagian ini bertujuan untuk memberikan contoh am kepada pemohon yang berminat tentang cara pengawalseliaan ditentukan. Pemohon bertanggungjawab untuk menilai secara keseluruhan mengenai kesan undang-undang daripada perkhidmatan yang mereka ingin ditawarkan, berhubung fintech dengan pengawalseliaan yang ditadbir oleh Bank atau pengawal selia lain seperti Suruhanjaya Sekuriti. Lazimnya, pemohon akan mendapatkan khidmat penasihat undang-undang yang sesuai untuk membuat penilaian tersebut jika pemohon tidak berkemampuan untuk berbuat demikian.
  • Pemohon diingatkan bahawa interpretasi berat sebelah mengenai pengawalseliaan oleh Bank yang mengakibatkan ketidakpatuhan boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil.
  • Pemohon yang memerlukan panduan atau nasihat tentang hal undang-undang dan pematuhan juga boleh mempertimbangkan untuk menyertai Program Bimbingan dan Pra-saringan Sandbox oleh Fintech Association of Malaysia. Sekiranya ragu-ragu, pemohon boleh menghubungi Bank melalui fintech@bnm.gov.my atau Fintech Association of Malaysia melalui office@fintechmalaysia.org

Contoh:

Pemohon berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran elektronik berasaskan aplikasi mudah alih bagi tujuan memudahkan transaksi runcit. Perkhidmatan e-pembayaran bertujuan membolehkan penggunaan ringgit sebagai alat pembayaran kepada peniaga yang berdaftar dengan pemohon. Pemohon mempunyai jumlah dana pemegang saham sebanyak RM1 juta pada masa permohonan.

Apakah kemungkinan skop yang mungkin terpakai untuk aktiviti atau entiti yang dikawal selia?

Dalam contoh ini, pemohon mungkin perlu menilai model perniagaannya dengan pengawalseliaan Bank untuk pengeluaran e-wang dan aktiviti pemerolehan peniaga.

Contoh:

Dalam contoh ini, pemohon perlu mengenal pasti takrifan yang sewajarnya bagi wang elektronik dan pemerolehan peniaga dengan merujuk garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank berkaitan dengan perkhidmatan pembayaran. Garis panduan boleh didapati di sini.

Adakah model perniagaan itu menepati takrifan aktiviti atau entiti yang dikawal selia?

  • Sekiranya ya, teruskan ke langkah seterusnya
  • Sekiranya tidak, pertimbangkan semula jika ada kemungkinan skop aktiviti atau entiti yang dikawal selia lain yang mungkin boleh dipakai
  • ISekiranya tidak pasti, dapatkan nasihat undang-undang bebas yang sewajarnya atau dapatkan panduan dengan menyertai Program Fintech Booster. Sekiranya anda tidak dapat memperoleh jawapan yang jelas, anda boleh mengemukakan pertanyaan ke fintech@bnm.gov.my

Adakah model perniagaan yang dicadangkan mempunyai cabaran untuk memenuhi keperluan itu?

Dalam contoh ini, pengeluar e-wang yang bercadang untuk beroperasi secara besar-besaran (takrifan disediakan dalam garis panduan) dikehendaki mengekalkan, pada sepanjang masa, dana pemegang saham minimum yang tidak terjejas oleh kerugian sebanyak RM5 juta atau 8% daripada liabiliti e-wang terkumpul mereka, mana-mana yang lebih tinggi. Pemohon pada masa ini hanya mempunyai jumlah dana pemegang saham sebanyak RM1 juta dan menghadapi kesukaran besar untuk mendapatkan dana selebihnya. Oleh itu, mereka telah mengenal pasti isu ini sebagai halangan pengawalseliaan.

Pemohon menjalankan penilaian dan dapat memikirkan beberapa langkah seterusnya:

Senario 1 - Pemohon dapat memenuhi keperluan:
Pemohon berjaya memperoleh dana tambahan sebanyak RM20 juta dan tidak mempunyai masalah dengan halangan yang dikenal pasti sebelumnya

Senario 2 - Pemohon membuat perubahan pada model perniagaan:
Pemohon mempertimbangkan semula model perniagaan dan memutuskan untuk bekerjasama dengan pengeluar e-wang yang sedia ada

Senario 3 - Pemohon memohon ke Sandbox Pengawalseliaan:
Pemohon tidak berjaya mencari jalan penyelesaian untuk mematuhi keperluan pengawalseliaan dan mengemukakan permohonan ke Sandbox Pengawalseliaan

Keperluan pengawalseliaan dikenakan untuk menangani risiko tertentu yang berkaitan dengan model perniagaan. Sekiranya pemohon menghadapi cabaran untuk memenuhi keperluan pengawalseliaan, pemohon juga boleh mencadangkan langkah-langkah pengurangan risiko alternatif yang dapat menangani risiko tersebut dengan cara yang setara. Tindakan ini akan memberikan sumbangan besar kepada peningkatan kualiti permohonan.

Learn More--Regulatory Sandbox 2024

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Sandbox

Memahami Peraturan Kawal Selia

Ketahui tentang peraturan kawal selia dan peranan Bank dalam sektor kewangan.

Kunjungi halaman

Garis Panduan Permohonan

Ketahui tentang proses permohonan dan proses penilaian Sandbox Standard dan Lorong Hijau. Kunjungi halaman

Lihat juga:
Borang Permohonan Sandbox Standard
Borang Permohonan Lorong Hijau

Kisah Sandbox

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah Sandbox Pengawalseliaan.

Baca

Piawaian dan Garis Panduan

Senarai piawaian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank berkaitan dengan Sandbox Pengawalseliaan disediakan untuk rujukan orang ramai.

Kunjungi halaman

Soalan Lazim

Jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai Sandbox Pengawalseliaan, anda mungkin mendapat jawapannya di halaman ini.

Kunjungi halaman

Program Bimbingan dan Pra-saringan Sandbox FAOM

Ketahui tentang Program Bimbingan dan Pra-saringan Sandbox oleh Fintech Association of Malaysia (FAOM)

Kunjungi laman web